Jenayah Gilbert Galvan

Di Amerika Syarikat, Galvan telah melakukan penipuan dari syarikat perkhidmatan kewangan bernama Western Union.[3] Pada tahun 1984, dia melepaskan diri dari jelnya di St. Joseph County, Michigan, dan minggat ke Pembroke, Ontario, di mana dia mengasas sebuah identiti kizib, Robert Lee Whiteman, dan mendakwa dirinya sebagai seorang jurujual dan ahli komputer. Dia memulakan perompakan bank yang pertama pada tahun 1984.[1]

Gaya Galvan dalam merompak ialah memakai penyamaran, membawa senjata api (yang tidak pernah dia tembak semasa rompakan) dan memberikan nota dengan santun kepada juruwang.[1] Galvan akan menyewa kapal terbang kecil, lalu terbang ke sebuah terminal utama, selepasnya dia akan berpindah lagi ke penerbangan Udara Canada. Dengan cara ini, bagasinya dapat dipindah langsung tanpa harus melalui selia pengawas lapangan terbang. Dalam bagasi itu, Ia menyimpan senjata-senjata yang akan digunakan dalam rompakannya.[4] Kadangkala dalam beberapa rompakan kedai perhiasan, Galvan tidak bersendirian dalam aksinya.[5]

Galvan merompak bank-bank di setiap wilayah Kanada kecuali Pulau Putera Edward dan Newfoundland. Pengambilan rompakannya yang pertama, hanya mendapat wang tunai $600 sehingga rompakannya yang terakhir, mendapat perhiasan-perhiasan yang bernilai sekitar $1.2 juta. Kecuriannya berjumlah $251,333 tunai dan perhiasan bernilai lebih daripada $2 juta.[1] Galvan diberi nama cembung the Flying Bandit oleh media tempatan semasa jenayahnya merompak bank dan kedai perhiasan.[6]

Aktiviti perompakan Galvan berakhir ketika perompakannya di Vancouver, rakan jenayahnya silap menjatuhkan pistol. Dari kesilapan itu, polis dapat mengesan tapaknya kemudian menghalang pelariannya di Ottawa.[5]

Siasatan jangka panjang polis terhadap barangan curi di daerah Ottawa menentukan bahawa seorang lelaki bernama Robert Whiteman senang memakukan perhiasan (aktiviti jual beli perhiasan di pasar gelap). Polis juga menentukan bahawa Whiteman tidak mempunyai nombor insurans sosial ataupun sijil kelahiran, tetapi menemui jejak resit kad kredit dalam nama itu. Selepas polis membandingkan antara resit kad kredit dan resit penerbangan Udara Kanada, mereka segera mengawasi kediaman Whiteman di Pembroke kemudian mengamati bukti bagi mendakwanya.[5]

Apabila polis menangkapnya pada tahun 1987, Galvan sempat berkata pada Isterinya bahawa dia sebenarnya merancang ingin bersara menjenayah dan hidup dengan damai di Kepulauan Turks dan Caicos sehingga maut memisahkan mereka berdua.[3]

Galvan mengaku syaki ke atas 59 rompakan bersenjata di Kanada dan tambahan 17 syaki yang berkaitan.[1] Pada tahun 1988, Galvan dijatuhkan hukuman selama 20 tahun dalam jel.[2] Dia telah dibuang dari Kanada dan dihantar semula ke sebuah penjara kelas pengawasan tinggi di Wisconsin pada tahun 1994, tetapi baru 10 tahun hukumannya, Ia bebas pada tahun 1998. Selepas pembebasannya, dia menjadi seorang banduan dan kembali menjenayah dengan merompak sebuah bank di McHenry, Illinois, pada Disember 2000 dan April 2001. Selepas dua perompakan bank itu, Galvab tertangkap polis dan dijatuhkan hukuman selama 15 tahun dalam jel.[7] Pada Disember, 2014, Galvan dikongsi kebebasan daripada tahanan persekutuan AS.[8]

Pada Mei, 2015, Galvan kembali dijatuhkan hukuman penjara kerana melakukan pencurian barang-belah di Barrington, Illinois. Dia dapat bebas selepas 50 hari hukuman.[2]